Inni Akhafullah..

"sesungguhnya aku takut pada Allah"...satu moto hidup yang perlu ada pada setiap hamba Allah. kenapa perlu ya?? sebabnya kita perlukan sesuatu pegangan yang boleh memberi kekuatan pada kita untuk memangkah kemungkaran. jom bersama-sama cik pangkah untuk pangkah maksiat!! (say no to maksiat lerrr..bkan pangkah tu sokong ya...n'ti silap paham statement lak..)

Wednesday 15 June 2011

keciknya dunia..erti sebuah kehidupan..

Sepucuk surat tawaran tergengam erat dalam genggaman. Esok aku akan mendaftar sebagai pelajar Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan Kubang Kerian, Kelantan. Tak pernah terlintas dalam fikiranku untuk melanjutkan pelajaran di sana. Rasulullah memuji orang yang redha dengan ketuntuan Allah swt. Redha itu sifat yang terpuji. Aku harus akur dengan qadak dan qadar, mungkin inilah yang terbaik buatku.

"Kak long, dah siap belum? Cepat, abah dah tunggu kat keta."

"Ya ummi, dah nak siap ni. Nak susun borang-borang ni kejap. Takut ada yang tertinggal nanti."

"Nanti bawak turun barang-barang masuk dalam keta."

"Ok ummi, siap."

Riuh rendah dalam keta. Semua excited nak pegi Kelantan. Inilah kali pertama kami satu family pegi kelantan. Hari ini dalam sejarah la nampaknya,hehe.. tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi..

bitt..bitt..
Salam..maaf menganggu..noriah bagitau yang awak dapat sambung pengimejan perubatan kt usm kubang kerian..saya dalam perjalanan ke johor..esok insyaAllah saya akan menjadi pelajar utm, jurusan kejuruteraan elektrik. Maaf selama ini saya menganggu hidup awak. Lepas ni saya tak akan contact awak dah.. semoga berjaya..                                                                                                                   
 Alif Fikri

Fuh..akhirnya ;) baru rasa bebas sket. Noriah ni tak habis-habis jadi orang tengah. Rasanya dia pun sibuk gak nak uruskan pendaftaran kt upsi esok. sempat lagi dia bagi info kat mamat tu. erm..jangan dah jadi cikgu esok pun sibuk nak jadi orang tengah lagi dah la.

DESASISWA NURANI..KAMPUS KESIHATAN USM..pendaftaran yang memakan masa berjam-jam tu amat memenatkan ku. Tak sabar nak masuk bilik,nak rest kejap. Petang nanti dah start minggu suai kenal. Family pun dah bertolak balik. Sedih dan pilu pulak bila ditinggalkan di bumi Cik Siti Wan Kembang ni. Aku perlu segera ke bilik 314.

                                            SURAU DESASISWA NURANI ------------->

Signboard ke surau? erm?? singgah surau dulu la. Dah tau tempat nanti senang. Subhanallah..besar jugak surau ni. Dah macam masjid kat KMM lak. Seronok buat program kalau macam ni..

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam.."
macam pernah nampak je akak ni..pelanduk dua serupa kot..

"Jangan risau dik, akak bukan nak tanya nape adik pakai tudung labuh.. akak nak berkenalan je..adik dari KMM kan? akak Mursyidah. Panggil kak syidah je. Bilik akak kat sebelah surau ni je."

"Hehe..akak senior saya masa kat KMM dulu ek. Saya Aisyah. Bilik saya 314. Maaf kak syidah, saya gerak dulu ya. Belum masuk bilik lagi ni."

"Yela dik, senang-senang datangla surau ya."

Aku tersenyum dan terus berlalu. Scary kot. Jangan la dibuatnya interview macam kt KMM dulu. Kot ye pun nak cari pelapis ajk surau tunggu la orang kenal tempat ni dulu.

"Wei, ko!!"

"Jah, ko kat sini gak?"

"Apa jah jah ni, paei la.. tu nama sekolah dulu. Lama ko menghilang. G mana setahun ni?"

"Aku kt KMM. Ko?

"Fuh, matrikulasi melaka. Aku penang, sama la dengan yuz. Dia pun sambung sini. Tapi hostel kat desasiswa murni. tak sangka aku rumate dengan ko."

"Murni? Rumate?"

"Wei, ko nak blurr pun pada pada la. Ni pun bilik aku gak. Murni tu aku pun tak tau la dok tang mana. Yuz msg je td gtau yang dia dok murni."

"Kecik betul dunia ni. satu bilik dengan ko plak. aku pengimejan perubatan. ko dengan yuz dapat kursus apa?"

"Aku sains sukan dan senaman. Yuz pemakanan tak silap aku."

Dunia ni memang kecik. Malamnya aku jumpa Mufidah kat surau. Rupa-rupanya dia tu adik kak syidah. Dua-dua ambik medic. fuh, aku berangan je la. Dapatnya idok. Sebelum aku meninggalkan surau, mufid sempat mengungkapkan sesuatu yang menyebabkan aku termenung sejenak.

"Rasanya mufid dah tau jawapan pada soalan yang mufid tanya aisyah dulu. Istiqamah dengan apa yang aisyah pilih sekarang."



p/s : cik pangkah said bersambung.. nantikan kemunculan erti sebuah kehidupan siri 3 =)

No comments: