Inni Akhafullah..

"sesungguhnya aku takut pada Allah"...satu moto hidup yang perlu ada pada setiap hamba Allah. kenapa perlu ya?? sebabnya kita perlukan sesuatu pegangan yang boleh memberi kekuatan pada kita untuk memangkah kemungkaran. jom bersama-sama cik pangkah untuk pangkah maksiat!! (say no to maksiat lerrr..bkan pangkah tu sokong ya...n'ti silap paham statement lak..)

Thursday 19 May 2011

jom bercerita bersama cik pangkah...

Bismillahirrahmaanirrahim..
Hari ini cik pangkah nak share cerita dengan para pembaca semua (itu pon kalau ada la yang nak baca..hehe)..cik pangkah dah penat bercerita kat budak-budak kat baitul hikmah ni.. kali ni cik pangkah nak cite kat tan sri dengan puan sri pulak.. dah lama tak dengar celoteh cik pangkah,mesti rindu kan????????? (sikit-sikit udah la tanda soal tu..bukan ada orang nak jawab pon cik pangkah oii..ntah ada orang rindu ke idak)

Ada sebuah riwayat menerangkan bahawa pada suatu masa Nabi Daud A.S telah keluar ke suatu tempat untuk beribadat, selama setahun. Setelah genap setahun beribadat kepada Allah swt lalu baginda pun berdoa pada Alla swt.

"Ya Rabbi, telah bongkok punggungku dan telah lemah mataku dan telah kering air mataku, tetapi aku belum lagi tahu bagaimanakah keadaan nasibku?"

Setelah nabi Daud berkata demikian maka Allah swt menyuruh katak yang berada di tempat itu menjawab soalan nabi Daud.

Firman Allah swt pada katak yg bermaksud, "Wahai katak, jawablah pertanyaan hambaku Daud itu"


Dengan izin Allah maka berkatalah katak, "Wahai nabi Daud, wahai nabi utusan Allah. Apakah yang membuat kamu mengira-ngira tentang ibadatmu yang setahun itu. Demi Allah yang mengutusmu menjadi nabi. Aku sendiri pun telah hidup di hutan ini lebih 30 atau 60 tahun sentiasa bertasbih, bertahmid kepada Allah. Walaupun begitu lama tetapi sendi-sendiku tetap gementar kerana takut pada Allah"

Setelah nabi Daud mendengar penjelasan dari katak itu maka menangislah beliau dengan penuh kesal.


Maap la copy paste lak..hehe..almaklumla..BMT tak bape nak baguih..esok-esok la kita belaja ya..ini la orang melayu asyik dok tangguh je..bila nak pandai?..orang melayu ya, bukan orang islam. kepada orang islam, jom kita muhasabah diri kita balik. ambilla pengajaran dari kisah nabi daud dan katak ni..huhu untuk cik pangkah juga..