Inni Akhafullah..

"sesungguhnya aku takut pada Allah"...satu moto hidup yang perlu ada pada setiap hamba Allah. kenapa perlu ya?? sebabnya kita perlukan sesuatu pegangan yang boleh memberi kekuatan pada kita untuk memangkah kemungkaran. jom bersama-sama cik pangkah untuk pangkah maksiat!! (say no to maksiat lerrr..bkan pangkah tu sokong ya...n'ti silap paham statement lak..)

Thursday 7 July 2011

Erti sebuah kehidupan siri 3

Pejam celik pejam celik dah sebulan aku kat sini. Kak Syidah dengan Mufid tak pernah jemu ajak aku join program surau kat sini. Seronok juga. Sesuai dengan jiwa aku yang dahagakan pengisian, sepanjang di KMM aku memang tak involve langsung. Alhamdulillah diberi kesempatan di sini. Teringat zaman-zaman sekolah dulu, cuma dulu aku banyak tolong cikgu handle program untuk adik-adik. Tapi di sini aku jadi peserta. Kak Syidah dan akak-akak yang lain banyak membimbing. Semua baik-baik belaka. Mufid pun sama, disamping jadi peserta dia pun ada gak tolong akak-akak buat program. Biasala orang kuat, lagipun dia dari sekolah sampailah matrik tak pernah berhenti. Tak macam aku, matrik agak kurang aktif.

Selain Kak Syidah dan Mufid, ada lagi satu golongan yang tak jemu-jemu mengajak aku join Kelab Rakan Kaunseling di sini. Siapa lagi kalau bukan Yuz dan Paei. Ish..jangan disebut nama dua orang makhluk Allah ni..satgi start bunyi la mulut diaorang..

"Ala Syah..jom la. Ko ni, asal aku ajak jer ko tak mau join. Asal Yuz ajak pun ko tak mau join. Dah tu asyik dok terperap kat bilik..surau..kalau tak kat surau..bilik..apala ko ni, tak sporting langsung."
"Aku bukan apa Paei..malas la. Lagipun banyak keje aku nak kene buat. Assignment belambak. Program surau pun tak terkejar."
"Kecik hati kitaorang tau. Asal Mufid ajak je ko ikut. Kalau aku dengan Si Paei ni ajak, haram ko nak join. Ko ni bestfriend sape sebenarnya. Dulu kat sekolah kita sama-sama BADAR gak. Tapi boleh je nak join benda lain pun. Lompat pagar asrama pegi beli burger malam-malam pun ko slamber je join kitaorang. Asal sekarang tak boleh pulak?"
"Yela Syah. Dulu bukan main enti lagi ko dengan Mufid tu. Budak skema katakan. Dahla ketua pengawas, ketua BADAR pulak tu. Ko tak ingat dulu dalam meeting BADAR kita asyik kene bebel je dengan dia? sekarang ni bukan main satu kepala lagi tu."
"Yuz..Paei..dulu dan sekarang kita sama je. Tetap kawan baik. Okla, aku join ikut korang hujung minggu ni. Tapi malam ni janji dengan aku ikut usrah dengan Kak Syidah. Boleh?"
"erm..iyolaaaa"

Hehe..itu la hakikat yang sebenarnya. Aku sebenarnya antara pelajar yang agak nakal kat sekolah. Kami dipilih oleh Cikgu PG untuk jadi BADAR pun sebab nk control kenakalan kitaorang. Nak dijadikan cite.. masa nama kami naik untuk jadi BADAR ada gak pelajar yang protes. Hancur sekolah agama ni kalau kami jadi BADAR. Haha..macamla kami ni burung ababil yang boleh menghancurkan tentera bergajah...fuhh..teringat zaman sekolah, macam-macam kes. Time tak de air kat asrama kitaorangla yang pegi curi mandi air suling tengah-tengah malam kat makmal fizik.. waktu riadah pegi panjat buah rambutan dalam hutan belakang asrama..macam-macam lagi la..kalau nak tulis memang tak habis..tetapi sesuatu telah terjadi semasa aku tunggu result spm..sesuatu yang telah mengubah altitude ku..sesuatu yang telah menyebabkan aku berfikir panjang..sesuatu yang telah membawa aku untuk mencari erti sebuah kehidupan..

"Alhamdulillah akak sangat bersyukur Yuz dan Paei turut sama dalam usrah kita pada malam ni. Ok la..sebelum kita bersurai akak nak buat  sedikit kesimpulan la daripada tajuk yang kita kupas pada malam ni. Antara imam, islam dan ihsan saling berkaitan. Imam itu terletak pada kepercayaan kita. Semakin kukuh aqidah kita, semakin mantap imam kita. Islam pula merupakan satu pegangan yang telah kita pilih berdasarkan imam dan aqidah kita. Kita memilah islam kerana kita yakin bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Berdasarkan keyakinan itulah kita memilih jalan ini. Ihsan pula merupakan satu kurniaan nikmat beribadah yang Allah kurniakan kepada orang-orang yang terpilih..ada penambahan daripada adik-adik?"
" Ihsan itu beribadat seolah-olah kita dapat melihat Allah ataupun dapat merasakan yang Allah melihat kita."
"erm..betul tu Mufid..daripada Ihsan kita akan lebih khusyuk beribadah..ada apa-apa lagi?"
"kak..saya nak tanya..salah ke kalau kita join program yang bukan berunsurkan program surau..sebagai contoh..program kelab rakan kaunseling?"
"tak salah dik..nanti akak akan ulas lagi dalam usrah kita minggu depan. Akak nak kaitkan dengan tajuk ibadah. Boleh?"
"erm..baik akak.."

Ish..Si Paei ni tanya soalan macam tu nak perli aku la ni..takpe..sekurang-kurangnya dia akan datang lagi minggu depan untuk dengar jawapan tu daripada Kak Syidah..erm..nampaknya Cik Pangkah pun dah bagi hint..untuk tau jawapan Kak Syidah dan sambungan cerita ni, tunggu la kemunculan siri 4 pulak ya...

No comments: