Inni Akhafullah..

"sesungguhnya aku takut pada Allah"...satu moto hidup yang perlu ada pada setiap hamba Allah. kenapa perlu ya?? sebabnya kita perlukan sesuatu pegangan yang boleh memberi kekuatan pada kita untuk memangkah kemungkaran. jom bersama-sama cik pangkah untuk pangkah maksiat!! (say no to maksiat lerrr..bkan pangkah tu sokong ya...n'ti silap paham statement lak..)

Sunday 5 June 2011

sehari sebelum akad nikah..fuh mcm2

Ya Allah Permudahkanlah Urusan Perkahwinan Sepupu Ku!!  kalimah itu yang terdetik di hati di saat aku pulang untuk sama-sama membantu, meraikan dan memberi semangat kepada sepupuku untuk urusan perkahwinannya.. Mazira Taqiuddin (bukan nama sebenar) merupakan anak yatim piatu..arwah ibunya iaitu mak teh ku meninggal 3 tahun lalu ekoran kemalangan jalan raya yang membabitkan sebuah proton saga dan sebuah trelar. Turut terkorban nenda yang sangat ku cintai dan nenek sepupu ku. Arwah pak teh ku pula meninggal setahun selepas itu kerana kanser usus. Lalu tinggallah sepupu ku 4 beradik. Dan hari ini merupakan hari perkahwinan sepupu ku. Ahh..melihat pada dirinya menyebabkan aku ingin sujud pada yang Esa memohon ketabahan sepertinya. Sehari sebelum akad nikah, aku sangat terkejut. Satu benda pun tak dibereskan lagi. Kalau kita, si ibu yang bereskan bahagian kenduri, si ayah yang bereskan bahagian jemputan, tok kadi lagi, khemah lagi..dan kita tunggu settle kan pelamin, hias bilik, baju pengantin, hantaran..itu pun sanak saudara turut membantu.. tapi si pengantin yang 1 ini.. masih ke hulu hilir mencari lauk pauk untuk kenduri, perencah yang perlu..barang-barang yang masih belum cukup..petangnya sibuk di dapur almaklumla orang dapur tak cukup.. anak gadis yang baru berusia 23 tahun uruskan kenduri kahwin tanpa orang tua..apa sangatla yang dia tahu..Bila ditanya, tak pakai inai lagi? alamak terlupa..mana sempat? bila ditanya lagi malam ni nak pakai baju mana? alamak terlupa jugak..baju bersanding untuk esok dengan untuk majlis belah laki je yang dia beli..baju untuk akad nikah pun tak beli..Padahal malam nanti majlis akad nikahnya.. aku terkedu..bilik pengantin pun tak hias lagi..hampir nak terkeluar air mata di saat dia menunjukkan bilik pengantin yang tak ubah macam stor... terpaksa aku ambil port menghias bilik pengantinnya.. fuhh  macam tak caya jer..biasanya si pondan yang expert buat keje ni.. tiba-tiba.. dalam kesibukan yang tak terkata kami dikejutkan dengan berita yang bapa saudara kami ditanggap polis kerana menagih dadah. Bergegas kami ke balai polis settle kan apa yang patut. Tapi tu la mana la kami ada duit nak jamin. Jadi conclusionnya..kes tu tak settle jugak..terkeluar juga air mata aku tengok maksdare aku menangis. Dah la baru lepas bersalin..terasa hiba lak dalam hati. Kami tak dapat nak tolong. Aku dan Mazira terpaksa pulang ke rumah juga sebab dah masuk waktu asar. Lepas isyak akad nikah. Rasa macam banyak benda lagi tak settle. Dalam perjalanan ke rumah, tiba-tiba kami dapat berita yang motor adik Mazira hilang kat bandar. Kami terpaksa patah balik ke tempat kejadian. Berputar-putar keliling bandar mencari motor tapi tak jumpa juga. Aku tak tau apa perasaan Mazira pada saat itu. Tapi yang pasti tak seperti pengantin-pengantin perempuan yang lain. Akhirnya, kami terpaksa pulang juga sebab dah pukul 6.30ptg. Asar tak solat lagi. Persiapan akad nikah lepas isyak nanti pun belum settle. Rasanya dia la satu-satunya pengantin yang terpaksa uruskan semua benda. kalau aku ditempat dia..rasanya dah lama jatuh tersungkur. Pengantin yang paling zuhud yang aku jumpa. tak berinai dan berbaju kurung biasa di malam akad nikah..moga Allah permudahkan urusannya..ameen..


p/s: biasala musim org kawin lani. jadi cikpangkah pun tulis pasal org kawin la..

3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

ksiannye..huhu..moga Allah permudahkan.. lagipun, ada hikmatnye..eh..hikmahnya apa yang Allah tntukan utk segala ssuatu ye tak cik pangkah? =)

Cik Pangkah (Miss X) said...

erm..setiap apa y berlaku ada hikmahnya..kdg2 apa y kita tak suka tu lah y terbaik bt kita..kita mohonlah y terbaik