Inni Akhafullah..

"sesungguhnya aku takut pada Allah"...satu moto hidup yang perlu ada pada setiap hamba Allah. kenapa perlu ya?? sebabnya kita perlukan sesuatu pegangan yang boleh memberi kekuatan pada kita untuk memangkah kemungkaran. jom bersama-sama cik pangkah untuk pangkah maksiat!! (say no to maksiat lerrr..bkan pangkah tu sokong ya...n'ti silap paham statement lak..)

Saturday 30 April 2011

erti sebuah kehidupan..siri 1

Hari-hari yang aku lalui semakin meresahkan, tidur tak lena, makan tak lalu. Hehe nasib baik mandi basah, kalau tak mau pengsan orang sekeliling aku ni. Em, semuanya disebabkan oleh sesuatu yang amat penting dirasakan pada waktu itu. Maaf la ayat tunggang langgang sket, BMT tak berapa nak bagus=(. Di pendekkan citer, tengah tunggu result spm!!! ahhh..enggak mau disebut statement itu!! nak gugur  jantung den..maka tibalah hari yang ditunggu-tunggu, dengan debaran kencang penuh didada aku melangkah keluar dari rumah menuju ke perhentian bas. Kebiasaannya aku paling benci menunggu bas dan berebut-rebut untuk naik bas. Percampuran lelaki perempuan yang sangat menyesakkan minda dan fikiranku. Kaum adam banyak yang mengambil kesempatan dalam keadaan yang sangat genting seperti itu. Tapi hari ini seolah-olah benda seperti itu tidak wujud di depan mataku. Mungkin fikiranku melayang jauh ke SMKA Perempuan Banting.

Alamak dah sampai ke?? nape macam pelik je budak-budak sekolah ni? ke aku silap sekolah? tapi..rasanya macam kenal je budak-budak ni. "Hai Aisyah! ko datang dengan sape?sorang je ke?" Ku amati suara tu, macam dalam mimpi pulak tengok Faizah dan Fairuz berubah penampilan. "Fuh, bagusnya ko datang pakai tudung labuh!". Perkataan tudung labuh tu tiba-tiba memberi cas elektrik kepada ku.. "La haula wala kuwwata illabillah..pasai apa semua dah jadi tudung singkat ni? hangpa buat komplot ke apa ni? ish mati-mati aku ingat dah tersilap sekolah tadi." Terus terngiang-ngiang suara Cikgu PG masa ajar subjek fizik beberapa bulan yang lalu. Saya cukup kesal dengan senior-senior kamu. Apa yang kami didik kat sini seolah-olah tak dapat memberi impak untuk islam. Satu benda pun kamu tak leh nak istiqamah. Tak yah tengok jauh, masa datang nak ambik result pun dah macam-macam fesyen ada. Tudung labuh tak yah dok cite la, rasanya dah jadi kain buruk kat umah. "Ala Syah, jangan la nak perli kami. At least kami tak hipokrit ok. Cukup la 5 tahun kami terikat dengan undang-undang sekolah."... "Jah,Yuz..sia-sia la pentarbiyah kita kat sini selama ni. 5 tahun kot. Hari-hari kita dengan surau. Warden-warden selalu pantau kita dengan program-program surau..qiam,usrah,tazkirah tak pernah putus..." Tak tergambar betapa kecewanya melihat teman seperjuangan saat itu. "Ala relaks la syah, ko ni pun emo sangat la..kami bukan buka tudung terus pun. Saja je nak berfesyen lebih sikit. Lagipun mufidah stay tudung labuh lagi hari ni. Sejuk hati Cikgu PG tengok kamu 2 orang nanti." Ahhh..pada-pada la sikit. 2 orang je yang pakai tudung labuh!! tak kan la cikgu tu nak happy dengan nisbah 50 lebih yang dah bertukar wajah tu..

Result spm yang sangat mengecewakan aku. Biasa la targetnya lebih, usahanya ciput je..2A membuatkan target hala tuju ku selepas ini ialah form 6!!! borang permohonan upu aku buang..maktab tak isi..politeknik pun tak isi..nasib baik matrikulasi telah selamat diisi awal-awal, kalau tak jangan harap aku nak isi lepas tengok result yang menghancur luluhkan hati ku saat itu, huhu..tapi alkesahnya..Allah itu Maha segala-galanya..Dia yang Maha memberi rezeki..Dia juga yang Maha mengatur perjalanan hidup hambaNya. Satu nikmat yang tak dapat digambarkan pada waktu itu, yang sangat mengambirakan hati 2 orang kekasih hati ku yang sangat aku cintai. Anak abah pandai-pandai semuanya..anak abah boleh!! surat panggilan matrikulasi di tangan ma. Tiada kata-kata yang mampu diluahkan. Wajah kegembirannya sudah cukup untuk menggambarkan segala-galanya. Syukurnya ya Allah, tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sujud syukur sudah cukup untuk menghuraikan segala-galanya. Hehe dah macam dalam cite ketika cinta bertasbih pulak. Ana sujud syukur bila Ustaz Azam menjadi jodohnya..amin..moga-moga jodoh kita pun baik-baik juga ya=)...


Sehari sebelum keberangkatan ku ke Melaka, hati ku dah mula berbolak balik. Takut untuk menempuh alam baru la kononnya. Bukan sebab homesick ya..5 tahun dah dok asrama, dah biasa dengan benda-benda macam tu..kononnya la walaupun kadang-kadang terbabas juga air mata saat rindukan ma, abah kat umah..hehe buat malu je=) Sebenarnya ada satu persoalan yang terbeban dalam benak fikiran ku sejak tawaran matrikulasi tu menjadi milikku. "Nanti apa penampilan Aisyah lepas keluar dari SMKAP Banting ni?still dengan tudung labuh ke?" Persoalan Mufidah sewaktu bertemu disaat result spm diumumkan beberapa minggu yang lalu masih menjadi persoalan sehingga ke saat ini. Penampilanku selepas ni??? ahh..antara 2 persimpangan..susahnya!! akhirnya tudung labuh dan tudung singkat, dua-dua aku muatkan ke dalam beg pakaianku.


Seminggu aku bergelumang dengan program orentasi yang sangat melemaskan. Aku antara orang yang paling dibuli oleh abang-abang senior group aku..Abang Paan dengan abang apa ntah..tak pernah aku ambik kisah pun nama dia apa..hish geli geleman tekek aku ni nak menyebut panggilan abang kat depan tu..rasanya saat tu aku nak jerit je bagitau 1dunia, suka hati aku la nak cakap dengan laki ke tak!!..nak duduk dekat laki ke tak!!..boleh depa ni buli aku, letak aku dalam group laki. Aku sorang je pompuan. Nak mampus ke apa?? huhu..nak nangis pun ada sebenarnya..sob..sob=( tak boleh la buat aku macam tu kesian la..dengan pompuan pun segan nak cakap (ye la baru kenal, biasala malu-malu kucing) p/s: kesiannya tak da kawan. Dengan laki lagi la. Apa kejadahnya la..mamat-mamat senior yang makin kecik je aku tengok..geramnya!!! suruh budak laki duduk sebelah aku..huhu betapa lemahnya aku saat itu untuk melawan!! yang kes perli bertudug labuh dan berbaju kurung tu tak yah dok cite la.. "petang ni pakai pakaian yang sesuai..kita ada aktiviti outdoor sikit. yang labuh-labuh tu tak perlu la kot." statement ni untuk apa sebenarnya?? bold bagi nampak sikit. Geram aku!! kat sekolah dulu standard je aku pakai jubah main bola jaring. Tak de sape kesah pon!!


Hari berganti hari..minggu berganti minggu..aku makin selesa di sini. Kuliah yang tak pernah putus (bukan kuliah maghrib ke kuliah subuh ya), kelas tutorial yang silih berganti. Dengan teman yang semakin dikenali. Tapi hati ku sekosong tin susu yang dibuang!!  tak de isi apa pun. Segersang pasir di gurun sob..sob=(. Rindunya pengisian-pengisian di SMKAP Banting!! Rindu kata-kata azimat dari Cikgu PG, rindu alunan suara Ust Mat time jadi imam (walaupun time subuh ramai yang tersungkur menyembah bumi), bebelan Ustzh Maznah yang tak pernah penat membebel, Cikgu Hayati yang tak penah penat mengutuk budak-budak yang tak tutup aurat walaupun budak-budak asyik dok mengata dia asyik dok pakai jubah dah macam sarung nangka dah jadinya..huh..aku kena cari sesuatu..malam ni aku kena turun surau!!

"Alhamdulillah nampaknya malam ni kita ada sahabat baru..Aisyah sihat?lama tak nampak aisyah kat surau"..hehe..saat itu sengeh yang macam kerang busuk menjadi pilihan untuk menutup aib di muka. Bayangkan semua orang cop aku ni geng surau, walhal idok pon..hehe..penampilan je rupa macam budak surau..ingat lagi hari pertama aku menjejakkan kaki ke asrama tun teja ni. tempat pertama aku cari adalah surau. Lepas je solat ada sorang kakak senior ni datang terjah macam dalam rancangan jom terjah..hehe..soalan pertama yang ditanya, " Nape adik pakai tudung labuh ya?" Aku dah rase akak ni dah macam kecik besor-kecik besor je macam abang fesi yang dok buli aku dalam orentasi tu. "Suka hati saya la nak pakai tudung apa pun". Terus aku belah dari situ. Soalan yang agak sensitif bagi aku waktu itu. dirasakan semua orang pandang serong kat orang yang pakai tudung labuh..tapi sebenarnya akak tu nak test aku je, nak interview untuk cari pelapis ajk suaru. hehe..emo tak bertempat. Disebabkan itu aku tak termasuk dalam geng surau. Geng yang aku join saat aku di sekolah dulu. Aku semakin jauh bila mana mereka terlalu bersifat ke'geng'an..segan la plak nak join group tu..sangat seronok tengok geng-geng depa..macam kami dulu-dulu...ada usrah, handle program dakwah untuk budak-budak kolej....dan yang paling mencerugai aku adalah..geng-geng surau ni pon ada gak yang couple..bukan sorang dua ya..majority...couple islamik la konon..ada ke?? tapi dulu-dulu kat sekolah tak de pun ustaz ustazah ajar benda ni!!!


"Aisyah, ada sorang budak surau al-biruni kirim salam."..."ada aku kisah??".. "aisyah, ada sorang budak ni. dia berkenan kat aisyah,nak berkenalan.."..."nak mampos!!".. "syah, budak ni baik sangat syah..saya nak tolong dia la..sebelum ni dia yang tolong kenalkan saya dengan teman hidup saya sekarang."...  "em..saya nak cari teman dunia akhirat, bukan teman dunia je!".. akhirnya..satu hari yang boleh dianggap malang bagiku..satu sms ringkas mula mengganggu hidup ku.."salam, maaf mengganggu.. saya fikri..ingat saya lagi tak?saya ajk surau al-biruni. hari tu kita ada gi prog pemantapan kimia kat kem bina diri. ingat lagi x?."...ya Allah ujian Mu ini begitu berat disaat hatiku sekosong tin susu ni!! aku perlukan pertolongan Mu ya Allah!!...tolong la ya Allah...

"Huda...tolong aisyah,huda!!... "ni nape ni?relaks..tenang-tenang.."  "nah,baca la sendiri msg ni!".. "fuyoo..ada peminat dalam diam ni..huda tolong balaskan ya?"... "janganla..nak tukar no dah lepas ni." "nape lak?".."tak nak couple..".. "hish..kawan je la kalau tak nak..dia tak da cakap nak couple pn!".. "tak nak jugak!!".. "ok la..kalau tak nak kita kena nasihat dia..huda tolong balas msg nasihat kat dia ya.." ... "suka hati la."..aku terus ke bilik dan meninggalkan huda bersama hp nokia 5510 ku bersamanya..aku nak tido la..malas nak pikir..


Bitt..bitt..pagi-pagi lagi tiba-tiba satu sms masuk.."jom qiam sama-sama" ~fikri~... ahh..tensionnya aku!! nasihat apa yang huda bagi ni??.. terus aku check inbox dan send item... "nape awak suka saya ya..saya confius la kita tak pernah bercakap..awak tak kenal saya..saya tak kenal awak".. "sape kata saya tak kenal awak? hari pertama saya masuk dewan kuliah saya dah perhatikan awak..ikhlas saya suka tengok orang tudung labuh. tapi dalam ramai-ramai awak lain dari yang lain..berjalan pun tunduk..zuhud je saya tengok."... "ye ke..saya rasa saya biasa je".."awak lain dari yang lain.awak sangat baik tapi sayang kita bukan 1 kelas tutorial kan.".. "pelik la..xpernah cakap tapi boleh kata saya baik.. saya nak terus terang dengan awk..saya tak nak kawan dan taknak couple dengan awak!!".. "hehe..saya xksh kalau awk xnak couple dgn saya..ye la sy paham kte baru kenal kan..tapi kalau xnak kawan tu sdkt xleh diterima sbb xbaik putuskan silaturrahim..satu lagi saya nak ty awak..nape ya awk xjoin ajk surau? kalau x, blh kte knal.yela banyak program kte blh pg sma2"...''em..ntah la..esk la sy bg jwpan kat awk''. ....wwaaaaaaaaaa..huda ko bt apa ni? lain aku suruh..lain yang ko buat!!!!!!!!


"Pagi ni saya nak study kat library..jom study sama-sama.."~fikri~ sms tu aku tak reply. Makin dilayan makin menjadi-jadi budak ni. Habis hilang thiqah aku kat dia. Dalam program dakwah pong pang pong pang cakap tapi hampeh..pantang ada solat jemaah jadi imam..huh..indah khabar dari rupa.." Tiba-tiba satu panggilan telefon masuk..~fikri~.. talian tak dijawab dan aku keluar meninggalkan telefonku di bilik. Kalau macam ni baik tak da hp dari ada...


Ahh..topic Optik tak berapa masuk dalam otak!!. Habis saja waktu kuliah Pn. Adawiyah keluar dari dewan kuliah.. fizik walaupun agak susah tapi tetap yang pertama dalam ranking diari akademik ku..cheewah.... "Aisyah, kejap!!".. "nape..noriah?".. kawan lama ku masa kat sekolah dulu..seronok kalau dapat sembang dengan sahabat-sahabat pentarbiyahan sekolah dulu.. tapi ye la masing-masing membawa haluan masing-masing bila dah dok dalam alam pra U ni..konon-kononnya la..hehe=)... "Aisyah..dengar citer Aisyah tak layan Fikri ya..bagi la dia peluang..dia orang hebat tau..bukan calang-calang orang.".. "Noriah..awak dah lain sekarang. Awak dah banyak berubah. Prinsip kita say no to couple tau masa dok dalam BADAR dulu..tapi sekarang? awak still istiqamah dalam gerak kerja dakwah macam dulu tp saya tak paham la dengan prinsip couple islamic yang geng-geng surau dok bawak sekarang ni..".. "Aisyah..awak kena paham..kalau kita tak cari sekarng bila lagi kita nak cari bakal suami yang soleh..kita bagi contoh couple islamic yang kita bawa supaya orang-orang yang bercouple di luar sana boleh mencontohi kita..benda tu tak kan berjaya kalau kita just halang tanpa bagi alternative yang lain.."
"Noriah..awak tak macam ni dulu..awak tau kan..Allah mengharamkan perkara-perkara yang bleh mendekatkan kita dengan zina..contoh terdekat yang boleh mendekatkan diri kita dengan zina ialah couple..xde istilah couple islamic melainkan selepas perkahwinan..kita jangan main-main dengan benda ni noriah..kalau Allah tak bagi ujian tu kat kita jangan pandai-pandai cari..mencegah lebih baik daripada merawat...bape jaminan awak boleh bagi kt Allah yang couple islamic awak tu tak akan menjerumus kepada zina??"

cik pangkah dah kering idea..maaf..nanti sambung lagi...

2 comments:

Anonymous said...

kagum dgn istiqamah aisyah ni..
rmai je wanita yg islamic skarang tp msih xmampu utk melawan nafsu sndiri...
bgaimana ye untuk mjadi seikhlas n seistiqamah aisyah huhu...

Cik Pangkah (Miss X) said...

seikhlas n seistiqamah aisyah..sama2la kita berusaha ke arah itu