Assalamualaikum.. semoga tuan sri,puan sri (hehe) sihat dan bahagia selalu..tak ada benda yang boleh dikongsi hari ini..permulaan ayat yang biasa kita dengar,tapi kalau tak ada benda buat apa tulis, betul tak?..berbalik pada tajuk di atas "BMT hari ini"..apa yang boleh dikongsi ya?em.. yang ni pun boleh la.. Ciri-ciri BMT yang betul adalah seperti berikut:
- sistem ejaan yang lengkap dan betul
- tatabahasa yang betul
- sistem morfologi (penambahan) yang betul
- sistem sendi yang betul
- perbendaharaan kata yang betul
- semantik (makna) yang betul
- bunga-bunga bahasa yang betul
- sistem panggilan yang betul
- adab-adab berbahasa yang betul
Agak-agak tan sri sekalian la ya, cik pangkah ni dah gunakan BMT yang betul ke tak? Sila lah pangkah mana yang tak betul ya. Cik pangkah masih dalam prosess pembelajaran. Angan-angan nak jadi penulis tapi masih belum direalisasikan lagi. InsyaAllah hasil penulisan akan dikongsi bersama di blog ini. Kita jarang menghargai bahasa kita, sebab apa?.. bahasa ibunda kita adalah bahasa inggeris, bahasa antarabangsa kita adalah bahasa arab, bahasa popular kita adalah bahasa perancis dan bahasa kegemaran kita adalah bahasa korea. Hehe..bahasa melayu kita? semakin dipandang remeh oleh masyarakat kita. Sebab itulah ada dikalangan kita masih menggunakan ayat bahasa melayu yang tidak betul. Cik pangkah ni bukan lah orang yang mempunyai ijazah dalam bidang bahasa melayu tetapi disebabkan tajuk hari ini adalah Bahasa Melayu Tinggi jadi topik kita masih berlegar-legar dalam isu bahasa. Untuk menjadi seorang penulis penggunaan BMT yang betul amat lah dititik beratkan. Bukan mudah untuk menghasilkan penulisan yang baik. Selain daripada isi kandungan yang menarik dan boleh memberi input yang baik BMT juga perlu lah betul.. Saya akan cuba untuk menulis cerpen sebagai langkah awal untuk menjadi seorang penulis. Tanpa langkah terawal kita tidak akan mampu untuk mengorak langkah seterusnya. Di sinilah Cik pangkah akan cuba untuk mencurah idea-idea yang diilhamkan oleh Allah swt bersama BMT yang ada..Mohon doa dan pangkah lah yang mana tak betul untuk penghasilan karya yang terbaik. InsyaALLAH penulisan "Erti Sebuah Kehidupan" akan bermula esok bersama motonya inni akhafullah.
No comments:
Post a Comment