Inni Akhafullah..

"sesungguhnya aku takut pada Allah"...satu moto hidup yang perlu ada pada setiap hamba Allah. kenapa perlu ya?? sebabnya kita perlukan sesuatu pegangan yang boleh memberi kekuatan pada kita untuk memangkah kemungkaran. jom bersama-sama cik pangkah untuk pangkah maksiat!! (say no to maksiat lerrr..bkan pangkah tu sokong ya...n'ti silap paham statement lak..)

Tuesday 26 April 2011

cik pangkah sangat susah hati..

cik pangkah sangat susah hati...=(

1) Salam penuh kemaafan..hari ni cik pangkah dah mungkir janji..semalam cik pangkah dah janji untuk menulis cerpen di sini tapi malangnya kekuatan masa belum ada. Mungkin jalan cerita yang ada masih diragui or mungkin dirasakan BMT yang ada asih belum cukup mantop. inni akhafullah!! sesungguhnya aku takutkan Allah..Cik pangkah takut tergolong dalam golongan orang-orang yang munafik sebab dah mungkir janji.

Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai ciri-ciri orang munafik. Pada orang munafik minimal ada satu ciri, sedangkan munafik tulen memiliki ketiga-tiganya. Ketiga ciri tersebut adalah
  1. Bila berbicara selalu bohong.
    Orang seperti ini tidak bisa dipercayai dalam setiap perkataan yang diucapkannya. Bisa jadi apa yang dibicarakan tidak sesuai dengan hatinya.
  2. Bila berjanji, tidak ditepati
    Orang munafik sulit untuk dipercayai perkataan dan perbuatannya
  3. Bila diberi kepercayaan selalu berkhianat.
    Orang munafik sulit diberikan kepercayaan. Setiap kali kepercayaan yang diberikan tidak dapat dia jaga dengan baik.
Semoga Allah SWT senantiasa melindungi kita dari sifat-sifat munafik dan kejahatan orang-orang munafik!!

2) Sebab kedua cik pangkah susah hati adalah BMT masih belum mantop. Jom tan sri sekalian, kita curi masa sekejap belajar BMT bersama cik pangkah=)

Pertama sekali Cik pangkah nak bagitau yang BMT juga dikenali sebagai Bahasa Melayu Standard. Ia bahasa yang rapi dan terkawal daripada aspek susunan ayat dan maknanya. Perkara asas dalam BMT adalah struktur ayat. Dalam BMT, ayat terdiri daripada 2 bahagian iaitu subjek dan predikat. Subjek + predikat. bagi za'ba, subjek dan predikat juga dikenali sebagai 'benda' dan 'cerita'. selain itu, ia juga dikenali sebagai 'hal' dan 'perihal'. Contohnya : Pokok durian boleh dibeli melalui Ahmad. Subjek : pokok durian. Predikat : boleh dibeli daripada Ahmad. Cukup setakat ini pelajaran BMT kita buat kali ini. Ingat, setiap kali membuat ayat, pastikan ada subjek dan predikat. Sekiranya tidak ada, ayat itu tidak tergolong dalam kategori bahasa melayu standard.

Agak-agak la kan..kalau tak tergolong dalam kategori bahasa melayu standard, tergolong dalam kategori mana ya? tak kan kategori bahasa melayu kolot kot? ada ke tu?erm...

3) cik pangkah sangat suka berangan-angan..dah nak jadi mat jenin plak..alamak sangat risau kalau angan-angan yang berlebihan tu akan menjadi penyebab kepada pembaziran masa yang tidak sepatutnya. cik pangkah nak buka gudang buku. macam dalam blog ni..hehe..JOM SAPE YANG TAK BACA BUKU LAGI HARI NI KITA SELONGKAR BUKU-BUKU DALAM GUDANG BUKU CIK PANGKAH NI..

tika dunia..aku yang punya..
akan ku bermmpi sepanjang masa 
tanpa kecewa..
berteman kan bintang yang setia..

tapi sayang..hanyalah impian
bulan tak tumbuh di taman
dan bila..mentari datang
pulang lah segala kenyataan

agak-agak lirik ni sesuai tak untuk cik pangkah???????? 

No comments: